Sambutan Ulang Tahun Ke-10 The Patriots

SAMBUTAN ULANGTAHUN THE PATRIOTS YANG KE-10 24HB & 25HB SEPTEMBER

Sempena ulang tahun The Patriots yang ke-10, kami akan buat 2 acara.
Acara pertama ialah JUALAN PENGHABISAN STOK yang akan berlangsung secara online daripada 23hb September hingga 5hb Oktober.
Untuk secara walk-in, akan diadakan pada 24-30 September, dan bersambung pada 3-5 Oktober.
Setiap judul akan ada diskaun istimewa RM10.
Nak beli online boleh ke Shopee The Patriots atau webstore kami di www.thepatriots.store
Kalau nak datang walk-in, boleh ke pejabat kami di Sri Rampai.
Acara kedua ialah sesi JUMPA & SEMBANG yang akan berlangsung secara fizikal dan online pada 24hb & 25hb September ini.
Ya, Sabtu dan Ahad ni.
Ada sesi berwacana.
Ada sesi Q&A.
Ada sesi beramah mesra.
Ada sesi tandatangan.
Jadual adalah seperti berikut:
24HB SEPTEMBER (SABTU)
11am – 1pm: MASA DEPAN GENRE SERAM bersama Naim Tamdjis dan Saidee Nor Azam
2pm – 3pm: TIPS PENGHASILAN KARYA THRILLER bersama Rizal Ramli dan Hafiz Ab Kadir
3:15pm – 4:15pm: SAINS FIKSYEN & FANTASI bersama Awan Wafdan dan Sri Rahayu Mohd Yusof
25HB SEPTEMBER (AHAD)
10am – 11am: PELABURAN UNTUK ORANG SIBUK bersama Azraei Muhamad dan Kauthar Rozmal
11am -1pm: SAINS DAN AGAMA: GABUNG ATAU PISAH bersama Muhammad Musoddiq Bin Jaafar, Zamir Mohyedin, Muhammad EiLham dan Asif.
2pm – 3pm: ADIKUASA bersama Ayman Rashdan Wong
3:15pm – 4:15pm: TEORI KONSPIRASI MH370 bersama Dato’ Azharuddin Abdul Rahman
Lapangkan masa 24hb dan 25hb ni. Kita jumpa di Sri Rampai.
Semua dijemput hadir.