Dunia Tanpa Tembok

Dunia Tanpa Tembok

Ayman Rashdan Wong

Kulit lembut
01 November 2017 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

"llmu tentang geopolitik antarabangsa yang menjadi kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa."

Petikan oleh MalaysiaGazette

Buku ini merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia. Ia bakal memberi pencerahan serta sudut pandang yang rasional lagi objektif. Diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, cold war dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentimen semata-mata. Dunia Tanpa Tembok membawa anda merungkai kesemua aspek ini di dalam gaya bahasa yang amat mudah difahami dan dihadam.

Ilmu adalah kuasa.

Bahasa adalah simbolik.

Geografi adalah takdir.

Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.

Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.

Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa.

246 halaman ISBN 9789671539408

Butiran

Tarikh terbit: 01 November 2017
Halaman: 246
ISBN: 9789671539408
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Penulis dan penganalisis geopolitik bebas terkemuka di Malaysia. Beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Pertahanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM)