Dunia Tanpa Tembok III

Dunia Tanpa Tembok III

Ayman Rashdan Wong

Kulit lembut
25 January 2020 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

"Sesuai bagi pelajar, pengkaji, pembuat dasar, dan sesiapa sahaja yang ingin memahami dunia masa kini yang semakin rumit tetapi saling terhubung"

Petikan oleh Sarawak State Library

30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.

Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut:

“Musuh kepada musuh adalah kawan”

“Tiada musuh atau kawan yang kekal”

“Geografi adalah takdir”

Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.

372 halaman ISBN 9789672437000

Butiran

Tarikh terbit: 25 January 2020
Halaman: 372
ISBN: 9789672437000
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Penulis dan penganalisis geopolitik bebas terkemuka di Malaysia. Beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Pertahanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM)