Bahagian pertama buku ini, “Mistik Alam Melayu,” memperkenalkan anda kepada dunia pawang, bomoh dan dukun yang berperanan penting dalam masyarakat Melayu dahulu.
Bahagian kedua, “Manuskrip Melayu yang Hilang,” meneliti khazanah manuskrip Melayu yang mengandungi ilmu sains, sejarah, undang-undang dan kesusasteraan. Penulis mengungkap karya-karya berharga seperti Kitab Mujarabat dan Hikayat Nurul Lisan.
Bahagian ketiga, “Mantera Alam Melayu,” mengupas jampi dan mantera yang digunakan dalam pelbagai upacara dan ritual.
Melalui kajian yang mendalam dan penulisan yang santai, penulis mengajak pembaca untuk memahami dan mengambil iktibar daripada warisan yang mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran ini.
Merupakan khalifah Islam pertama. Beliau digelar As-Siddiq kerana sifat yang sentiasa membenarkan sabdaan Baginda Rasulullah SAW. Beliau dilantik melalui kaedah Syura dan pada eranya Islam mulai membina negaranya dan bangkit menentang kuasa Rom dan Parsi.
Merupakan Khalifah Islam yang kedua. Pada eranya, beliau digelar sebagai Amirul Mukminin yang bermaksud Ketua Orang Mukmin. Di zamannya, kerajaan Islam mulai menduduki takhta miliknya Rom dan Parsi bahkan menundukkan mereka di telapak kaki kerajaan Islam.
Perwatakannya sangat dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang sahabat yang mempunyai sifat kasih sayang dan pemurah. Beliau merupakan Khalifah Islam yang ketiga. Menjelang eranya, Empayar Islam mulai menerokai samudera laut yang luas bagi menumpaskan Adikuasa Rom di Laut Mediterranean.
Gagah, Perkasa dan Berpengetahuan itulah dia perwatakannya. Beliau merupakan seorang yang sangat terkenal dengan kegagahannya dalam Islam sebagai seorang Panglima Perang Islam. Beliau telah dinobatkan menjadi Khalifah pada ketika fitnah sedang menular di Madinah Al-Munawwarah. Pentadbirannya berjaya menumpaskan pemberontakan Khawarij yang mengancam kestabilan negara Islam.
©2024 Hak cipta terpelihara Patriots Publishing Sdn Bhd (1340085-W)