fbpx

Benarkah Nabi Adam Manusia Pertama?

Jawapan daripada sains, penemuan arkeologi, genetik dan agama.

DISKAUN 10% RM38 RM34.20

Ringkasan Buku

MANUSIA SEBELUM ADAM ialah sebuah buku yang ditulis demi mengharmonikan teori evolusi dan agama. Ia ditulis setelah sekian lama teori evolusi difitnah oleh orang-orang agama, bukan khas untul Islam sahaja, tetapi Kristian dan Yahudi. Contohnya, konon manusia berasal dari Chimpanzee dan Monyet, tetapi teori evolusi tidak pernah mengatakan sedemikian. 

Buku ini ditulis dengan tujuan, sekurang-kurangnya kepada sesiapa yang mahu menyerang evolusi sekalipun, memahami dari akar teori ini wujud, dan kenapa ia merupakan tiang kepada pelbagai ilmu sains moden seperti Biologi, Zoologi, dan banyak lagi. 

Buku ini akan cuba menempatkan Nabi Adam A.S, ke dalam kerangka garis masa yang merangkumi kemunculan spesis-spesis yang dikatakan sepupu kepada Homo Sapiens, iaitu kita, manusia moden. Bahkan, di mana turunnya Adam A.S dalam garis masa keluarnya Homo Sapiens dari Afrika, kira-kira 300 ribu tahun yang lalu. 

Dah tentu, buku ini tidaklah sempurna, dan kami terbuka kepada kritikan. Tetapi topik Teori Evolusi ini harus mula dibahaskan secara akademik di Malaysia, dan kami memulakan itu, tanpa menjadi emosional yang tidak asas. 

Tentang Penulis

Seorang pegawai farmasi yang berkhidmat di Unit Farmasi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang graduan bidang Farmasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diiktiraf sebagai Ahli Farmasi berlesen penuh oleh Lembaga Farmasi Malaysia pada tahun 2019.

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang farmaseutikal dan ubat sitotoksik, dan merupakan ahli Persatuan Farmasi Malaysia yang bergiat aktif dalam pengajaran ilmu sains kepada masyarakat.

Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Neurosains Kognitif.

TAWARAN TERHAD

© 2023   Patriots Publishing Sdn Bhd (1340085-W)