"Dia Kunci Untuk
Tangguhkan Kiamat"

OLEH HELMI EFFENDY

Tamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesies yang menakutkan.

Setiap koloni yang dibina tembok akan dikawal oleh askar-askar kerajaan yang masih cuba bertahan. Ada juga koloni yang berpihak kepada pihak pemberontak sekaligus menimbulkan perang saudara antara penguasa dan pemberontak.

Selain mereka yang tinggal dalam koloni, ada juga kumpulan manusia yang menggelar diri mereka nomad. Mereka menolak autoriti penguasa dan pemberontak pada zaman itu. Nomad hidup dengan berkeliaran dan hidup di dunia di luar koloni. Salah satu kumpulan Nomad ialah sekumpulan mercenaries yang memanggil diri mereka Patriots.

Watak Utama

Plot Lokasi

Colosseum

Arena gladiator zombie.

Patriots yang diketuai oleh Komander Azzmel A’izzat, membuat kerja kotor untuk pelbagai pihak asalkan dibayar upah yang setimpalnya. Kumpulan mercenaries ini mengembara dari koloni ke koloni menaiki bas yang telah diubahsuai dengan pelbagai perlindungan.

Namun, suatu hari, nasib dunia yang diambang kiamat itu, berada ditangan mereka apabila mereka ditugaskan untuk mengiringi seorang lelaki yang kebal kepada wabak zombie yang melanda dunia.

Lelaki itu kunci untuk tangguhkan kiamat!

Muat Turun
Bab Percuma Sekarang

Sila isi borang dibawah ini:

Your subscription could not be saved. Please try again.
Your subscription has been successful.

©2025 Hak cipta terpelihara Patriots Publishing Sdn Bhd (1340085-W)