Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta.
Siapakah Rumi?
Sebelum dikenali sebagai seorang sufi besar, Jalaluddin Rumi telah digelar al-Ghazali kedua di zamannya.
Pengajiannya di madrasah Anatolia berpandukan akidah Maturidiah dan mazhab Hanafi. Di bawah perintah gurunya, Rumi pernah bermusafir untuk menuntut ilmu ke Damsyik dan Aleppo.
Hanya setelah bertemu dengan Shams Tabrizi, Rumi berubah menjadi sufi agung seperti yang kita kenal pada hari ini.
Bab Buku
Zaki Sapuan Al-Hafiz
Tentang Penulis
Beliau seorang penceramah bebas dan Guru al-Quran Tauliah Khas. Beliau aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Beliau bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas al-Quran Dewasa Kg. Kelantan dan Kelas al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Beliau diijazahkan sanad 10 Qiraat al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an-Asim dari Mesir. Beliau merupakan graduan Diploma Qiraat dan Tahfiz al-Quran, Darul Quran JAKIM. Beliau juga seorang mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Anak muda hari ini semakin tercari-cari ketenangan yang kian hilang. Cuba lihat trend “healing” yang semakin viral sekarang, bukankah itu menunjukkan orang ramai sedang mengalami krisis kerohanian. Buku tentang Rumi ini telah tiba pada masa yang tepat.
Saya amat berterima kasih kepada beliau yang mampu berbicara tentang cinta Maulana. Moga penulisan beliau akan dapat menebarluaskan cinta, kasih sayang sesama manusia. Mengembalikan fitrah manusia kepada manusia.