AHMAD FAEZAL mengenali dunia melalui pancaindera astronomi. Hasil penelaahan ilmu astronomi, beliau tembus dalam arena geopolitik dan sejarah ekonomi. Ketiga-tiga ilmu moden ini amat berkait antara satu sama lain. Dalam mengamati sejarah ekonomi, beliau melihat dunia bagaikan roda yang berpusing setiap masa antara dua krisis ekonomi. Dan dalam kedua-dua krisis ekonomi, rakyat marhaen paling terkesan. Oleh yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk memarhaenkan topik-topik ekonomi yang rumit, bosan dan hambar dalam bentuk kandungan ilmiah yang santai, menarik dan ringan. Sepertimana beliau selalu kata, “ayam dan beruk berkahwin dapat anak kuda, mereka ni buat teruk jangan risau saya ada.