Seorang yang agak pemalu, beliau merupakan peminat tegar sejarah Melayu. Seorang wanita kampung yang sukakan teh 0 suam dan kuih bahulu, beliau juga meminati kesusasteraan Melayu.
Baginya, bangsa yang menetapkan identitinya adalah bangsa yang memiliki kuasa untuk memajukan ketamadunannya. Salah satu sumbernya ialah melalui sejarah. Sejarah adalah perkakas ajaib untuk manusia membina kebudayaan dan peradaban.
Walaupun kini bertugas sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, beliau tetap menganggap dirinya seorang pelajar sejarah di sepanjang hidup dan selamanya.