Dato’ Mohd Rani Bin Abdul Rashid dilahirkan pada 4 September 1950 di Lumut, Perak telah melibatkan diri dan mengetuai operasi tempur di hutan dalam menentang pengganas komunis dari tahun 1971 sehingga tahun 1989.
Mendapat pendidikan awal di Senior Cambridge Horley Methodist Secondary School (1968) Teluk Intan, Perak.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajian dalam Diploma in Police Science pada tahun 1994/95, selanjutnya memperoleh Diploma Haigate Staff College pada tahun 1990.
Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan: VAT 69 Komando pada tahun 1969 sehingga tahun 2006. Mantan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC 1) ini kini hidup bahagia bersama isteri, Faridathul Akhmar Rashid bersama enam orang anak.
Namun, semangat patriotik beliau masih membara sehingga ke hari ini.