Perasaan ghairah tentang sejarah telah membawa HAFIZUL ADNEN meneroka ke dunia masa lampau hingga berjaya melahirkan karya pertama, Kitab Tamadun Rom.
Dengan berlatarkan pendidikan Sarjana Muda Sejarah dengan minor Fizik, perjalanan kariernya telah membawa beliau memakai banyak topi, iaitu sebagai penulis, editor dan pereka buku di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sama ada minat dalam bidang Sejarah atau Fizik, usaha untuk merungkai persoalan dunia ini telah memperkayakan hidup beliau dan memberikannya keseimbangan.
Pengalaman dalam menulis Kitab Tamadun Rom telah banyak menyumbang kepada pembentukan pendekatan baharunya dalam industri buku. Harapannya agar buku-buku tentang sejarah dunia dalam Bahasa Melayu dapat diterbitkan dengan lebih banyak agar mudah diakses untuk seluruh peringkat masyarakat di Malaysia.
Beliau percaya metodologi pesejarahan yang berjalan atas garis falsafah yang benar itulah sejarah. Langkah-langkah sistematik yang digunakan oleh sejarawan untuk menyusun, mengkaji, dan menginterpretasikan maklumat perlu dijadikan panduan oleh kita untuk memahami peristiwa masa lampau. Falsafah pesejarahan turut mengajar supaya mempertimbangkan peranan kita sebagai penafsir yang adil dan objektif dalam merakam dan menyampaikan cerita masa lalu. Pemikiran ini telah melatih dan membimbing beliau dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi mahupun profesional.
Terinspirasi dengan masa lalu dan teruja mengenai masa yang akan datang, beliau terbuka untuk mencuba peluang baharu, berkolaborasi, dan membentuk hubungan yang bermanfaat