Khair Qaliff Kamarudin ialah seorang remaja autistik berusia 14 tahun dan pelajar di Akademi Bakat ABS. Sejak berumur tujuh tahun, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap sejarah, geografi dan geopolitik. Mula menulis artikel pendek sejak 2022, karya pertama beliau telah terpilih dan disiarkan oleh The Patriots pada Ogos 2024. Qaliff bercita-cita menjadi seorang ahli sejarah yang menjelajah ke seluruh dunia dan menulis tentang setiap negara yang dilawatinya.