Musoddiq Jaafar, pelajar yang selama-lamanya pelajar ini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik dan Nanoteknologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain meminati bidang sains merentasi disiplin fizik, biologi, dan kimia. Beliau juga sangat berminat dalam kesenian seperti penulisan kreatif, antaranya sajak, pantun, syair, cerpen, novel ilmiah dan pernah memenangi hadiah sastera daripada Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU).
Selain itu beliau gemar bermain alat musik di masa lapang dan bercita-cita ingin menjadi penghubungan antara dunia saintis dengan orang awam.