SAIDEE NOR AZAM memulakan karier sebagai penulis skrip pementasan puisi dan teater ketika di Universiti sebelum serius dalam menghasilkan novel. Kini beliau merupakan novelis seram thriller sepenuh masa dan telah menghasilkan lebih 20 buah naskah novel serta antalogi cerpen dan novelet. Kesemuanya dalam genre fiksyen kreatif, seram dan thriller. Berdakwah ada pelbagai cara, dan anak jati Terengganu ini memilih novel sebagai salah satu cabang mendekatkan diri pembaca di jalan ALLAH.