Berketurunan Melayu Perak, WAQQAS ZULFIQUER susur galurnya berakar dari Ipoh, Perak. Beliau menganggap dirinya sebagai seorang yang fanatik akan kebenaran sejarah yang tidak diromantiskan secara membuta tuli. Baik-buruk sesuatu sejarah itu baginya hendaklah diceritakan kepada masyarakat umum. Impiannya hanya satu, iaitu untuk melihat sebuah Persekutuan Malaysia yang gemilang dengan identiti negara bangsa yang utuh suatu hari nanti.
Falsafah hidup yang dipegangnya juga mudah; “baca, tulis & tidur”.