Daripada psikologi ke dunia penulisan, Zura Anwar mengabdikan dirinya menjadi penulis sepenuh masa dan telah menulis 10 buah novel dan beberapa cerpen. Selain menghasilkan manuskrip, Zura juga terlibat dalam penghasilan beberapa filem pendek dan penulisan skrip. Beliau pernah mengarahkan 2 filem pendek setakat ini.
Beliau merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Pembangunan Belia dan Komuniti di Universiti Malaysia Sabah dan bercita-cita untuk menulis buku tentang psikologi satu hari nanti.