fbpx

The Patriots Store

Soalan Lazim

Pelbagai sebab. Jika diambil dari mula proses, ini antara isu-isu yang boleh dihadapi:

  1. Pesanan telah dibuat tetapi bank belum meluluskan transaksi.
  2. Kelewatan akibat cuti awam yang bertangga.
  3. Pihak pos lewat membuat penghantaran atau lewat mengemaskini status penghantaran.
  4. Posmen tiba di destinasi penghantaran tetapi tiada penerima.
  5. Parcel tidak diambil pembeli di pejabat pos dan dipulangkan semula.

Apa pun masalah juga boleh timbul dari pihak kami. Seeloknya jika berlaku masalah, cepat menghubungi kami.

Proses pesanan biasanya adalah dalam 3-5 hari bekerja. Tapi ini tidak termasuk pengeposan oleh pihak Poslaju. Bagi pra-tempah atau promosi, pembelian hanya akan diproses selepas tarikh pra-tempah atau promosi tamat.

 

Kami sedang perbaiki dan percepatkan proses ini supaya pembeli tidak perlu menunggu lama.

  1. Pastikan semua info diberi dengan lengkap (nama penuh, alamat penuh TERMASUK POSKOD, serta nombor perhubungan yang betul)
  2. Pastikan alamat emel yang digunakan adalah aktif sebab kesemua notifikasi akan dihantar melalui emel, termasuklah no tracking
  3. Sentiasa periksa nombor tracking serta status penghantaran anda di laman sesawang pihak pos.
  4. Tinggalkan pesanan kepada orang lain tentang anda sedang menunggu parcel.

Pembeli akan terpaksa membuat bayaran pos sekali lagi untuk kami hantar sekali lagi. Atau pembeli boleh datang terus ke pejabat kami untuk ambil.

Segera hubungi kami untuk kami buat pembetulan. Segala kos pemulangan semula atau penggantian akan ditanggung pihak kami. Perlu juga diingat semua aduan perlu dibuat di dalam tempoh 15 hari pembelian. Emelkan ke sales@thepatriots.store

Selalunya setiap keluaran judul terbaru atau pra-tempah akan kami hantarkan buku yang bertanda-tangan penulis. Selepas dari itu, anda perlu menunggu sesi pelancaran buku, sesi bedah buku, atau mana-mana acara atau program kami yang penulis berada di sana.

  1. Pra-tempah ialah tempahan yang dibuat ketika buku belum atau dalam proses produksi seperti sedang dicetak atau dalam editing terakhir sebelum dihantar ke kilang cetak.

  2. Biasanya pra-tempah ditutup selepas dua atau tiga minggu, malah sehingga sebulan lamanya. Kemudian, seperti mana janji kami, pada setiap pra-tempah ditutup, buku akan dihantar dalam tempoh 3-14 hari waktu bekerja.

  3. Proses pra-tempah ini agak biasa dalam pembelian di luar negara terutama berkaitan dengan permainan video. Setiap kali keluaran terbaru permainan video, maka syarikat pembuat video game akan bukak pra-tempah dalam beberapa bulan awal.

  4. Apa bezanya pra-tempah dan tempahan biasa ni? Banyak keistimewaannya. Contohnya anda berpeluang memiliki buku-buku kami pada harga yang lebih murah, cenderamata dan tandatangan daripada penulis kami.

Setakat ini terdapat lebihkurang 30 buah kedai buku yang menjual buku-buku terbitan kami. Boleh dapatkan senarainya di SINI

Ya boleh. Kami juga ada kedai di Shopee. Untuk teruskan pembelian di Shopee, klik SINI

Kami menerima pembayaran melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Online Banking (FPX) menerusi BayarCash dan SenangPay
  2. Kredit kad melalui SenangPay

Anda boleh pilih kaedah bayaran semasa proses Checkout.

Untuk muat turun (download) ebook:

1. Melalui Emel

a. Order Confimation/Completed akan dihantarkan terus ke emel.

b. Mohon semak inbox atau Promotion tab email dari Patriots Publishing

 

2. Melalui akaun Webstore

a. Boleh ke www.thepatriots.store/account
b. Login guna alamat emel dan password yg sama masa beli (Kalau masa beli guna Social Login, klik Social Login)
c. Pergi ke bahagian ORDER
d. Cari order no ebook tersebut: #PP-xxxxxxxxx
e. Download dari link tertera >> (Download: E-buku xxxxxxxx)
f. Untuk buka fail PDF, ada password. Password ada dinyatakan di bawah gambar Produk E-buku tersebut.

Jika dah cuba kedua cara ini tapi masih tidak berhasil, mohon emelkan ke sales@thepatriots.store

  1. Kotak merah adalah pautan untuk muat turun (download)
  2. Yang dipadamkan dengan garisan biru adalah maklumat password untuk buka fail PDF tersebut.
  1. Jika anda berdepan dengan masalah ini, boleh terus emailkan ke sales@thepatriots.store atau Whatsapp 019-5812791.
  2. Biasanya kami memerlukan ‘screenshot’ untuk kami semak atau majukan ke Payment Gateway Service Provider.
  3. Anda juga boleh semak ‘browser version’ kerana kebanyakan bank sudahpun menaiktaraf sistem keselamatan. Ada beberapa browser lama tidak lagi boleh digunakan untuk buka laman web perbankan online.
  4. Secara asasnya, pihak bank akan support TLS 1.2 sahaja. Contoh browser yang popular macam IE 6, 7, 8, 10 tidak lagi disupport. Browser Android 4.3 ke bawah  juga tidak lagi boleh digunakan. Begitu juga dengan browser Safari 6 ke bawah.
    1. Boleh emelkan ke manuskrip@thepatriots.asia
    2. Jika masih belum siap sepenuhnya, hantarkan dahulu sekurang-kurangnya 5 bab pertama.
    3. Jika karya bukan fiksyen, pastikan ada rujukan lengkap disertakan.
    4. Sertakan sekali nombor telefon untuk dihubungi & nama penuh.

* Anda hanya akan dihubungi sekiranya manuskrip atau artikel yang dihantar menepati kriteria penerbitan.

Jangan teragak-agak untuk hubungi kami.

 

Cara terbaik adalah dengan mengemelkan pertanyaan ke sales@thepatriots.store

Shopping cart close