TERMA & SYARAT PATRON

(I) KEAHLIAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas.

2. Kad keahlian PATRON adalah bukan kad kredit, kad debit atau kad pembelian.

3. Kad Keahlian PATRON terdiri daripada dua jenis kad berlainan Pakej iaitu;

a. Pembelian Kad Keahlian PATRON Pakej Emas berharga RM388.00 untuk pemegang kad keahlian ini menerima kuota sebanyak 20 buah buku mana-mana judul terbitan PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD.

b. Pembelian Kad Keahlian PATRON Pakej Perak berharga RM199.00 untuk pemegang kad keahlian ini menerima kuota sebanyak 10 buah buku mana-mana judul terbitan PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD.

4. Para pekerja PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. adalah tidak layak untuk menyertai atau menggunakan Kad Keahlian PATRON.

5. Kad Keahlian PATRON boleh diperbaharui pada harga pakej terkini iaitu RM388 untuk Pakej Emas dan RM199 untuk Pakej Perak. Harga pembaharuan adalah termasuk caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (‘SST’).

6. Tempoh Kad Keahlian PATRON adalah selama setahun bermula dari tarikh pendaftaran dan pembelian mana-mana Pakej.

7. Bagi mana-mana situasi kad keahlian melebihi tarikh tamat tempoh, ahli PATRON mempunyai pilihan untuk mendaftar baharu keahlian atau memperbaharui keahlian melalui mana-mana kaunter yang dibuka oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. atau menghubungi PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD.

8. Kad Keahlian PATRON yang baharu akan diberikan bagi mana-mana pembaharuan dan pendaftaran baru keahlian.

9. Pemegang Kad Keahlian perlu menampilkan Kad Keahlian PATRON yang sah di kaunter pembayaran sebelum menikmati layanan atau melakukan pemilihan buku. Kegagalan berbuat demikian, pemegang Kad Keahlian tidak akan dilayan dan buku-buku yang dipilih perlu dibayar mengikut harga jualan semasa.

10. Jika berlaku sebarang kecurian, kehilangan atau kerosakkan terhadap Kad Keahlian PATRON, caj bayaran sebanyak RM10 (tidak termasuk cukai dan caj-caj lain) dikenakan untuk penggantian kad keahlian yang baru.

11. Kad Keahlian PATRON tidak boleh ditukarmilik dan hanya eksklusif untuk pemegang kad keahlian sahaja.

12. PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. mempunyai hak untuk menggunakan dan memanfaatkan sebarang informasi dan data bagi tujuan pemasaran.

13. PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. mempunyai hak untuk menolak penerbitan kad keahlian atau membatalkan kad keahlian PATRON pada bila-bila masa jika perlu tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

14. PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. mempunyai hak untuk menggantung atau membatalkan program kad keahlian ini pada bila-bila masa jika perlu. Berkaitan kes ini, PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. perlu memberi notis awal kepada semua ahli terlebih dahulu dengan cara yang difikirkan sesuai.

15. PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD berhak untuk memadam, menambah atau meminda Terma dan Syarat Program Kad Keahlian PATRON tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Apa-apa Terma dan Syarat yang baru atau yang diubah akan menggantikan Syarat dan Terma Program Kad Keahlian PATRON yang sedia ada.

(II) PROGRAM PEMBERIAN DISKAUN PEMBELIAN

1. Pemberian diskaun sebanyak 15% layak diberikan kepada pemegang kad keahlian PATRON Pakej Emas dengan syarat-syarat;

  • Buku bagi mana-mana judul yang dijual atau diterbitkan oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD yang telah melebihi kuota 20 buah buku, iaitu buku yang ke-21 dan ke atas.
  • Kad keahlian dalam tempoh sah laku selama setahun.
  • Pembelian hanya dilakukan secara terus melalui PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. sama ada di pejabat, kaunter bayaran, reruai dan secara atas talian yang dikelolakan oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD.

2. Pemberian diskaun sebanyak 10% layak diberikan kepada pemegang kad keahlian PATRON Pakej Perak dengan syarat-syarat;

  • Buku bagi mana-mana judul yang dijual atau diterbitkan oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD yang telah melebihi kuota 10 buah buku, iaitu buku yang ke-11 dan ke atas.
  • Kad keahlian dalam tempoh sah laku selama setahun.
  • Pembelian hanya dilakukan secara terus melalui PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD. sama ada di pejabat, kaunter bayaran, reruai dan secara atas talian yang dikelolakan oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD.

(III) SYARAT & TERMA TAMBAHAN BERKAITAN KUOTA PEMILIHAN DAN PENERIMAAN BUKU

1. Bermula 1 Januari 2021, kuota pemilihan dan penerimaan buku bagi pemegang kad keahlian PATRON Pakej Emas adalah seperti berikut;

  • Pemegang kad keahlian ini boleh memilih mana-mana judul buku berharga RM29.90 dan ke bawah bagi melengkapkan 20 kuota buku.
  • Bagi mana-mana judul buku berharga RM30.00 dan ke atas, pemegang kad keahlian ini dihadkan untuk memilih mana-mana judul buku sebanyak 8 buah buku sahaja.
  • Selebihnya berbaki 12 buah buku bagi melengkapkan 20 kuota buku, pemegang kad keahlian boleh memilih mana-mana judul buku berharga RM29.90 dan ke bawah.

2. Bermula 1 Januari 2021, kuota pemilihan dan penerimaan buku bagi pemegang kad keahlian PATRON Pakej Perak adalah seperti berikut;

  • Pemegang kad keahlian ini boleh memilih mana-mana judul buku berharga RM29.90 dan ke bawah bagi melengkapkan 10 kuota buku.
  • Bagi mana-mana judul buku berharga RM30.00 dan ke atas, pemegang kad keahlian ini dihadkan untuk memilih mana-mana judul buku sebanyak 4 buah buku sahaja.
  • Selebihnya berbaki 6 buah buku bagi melengkapkan 10 kuota buku, pemegang kad keahlian boleh memilih mana-mana judul buku berharga RM29.90 dan ke bawah.

3. Jika pemegang Kad Keahlian PATRON masih belum melengkapkan kuota pemilihan dan penerimaan buku mengikut mana-mana pakej yang dilanggan, baki kuota buku yang belum dipilih dan diterima boleh dibawa ke hadapan pada tahun berikutnya walaupun kad keahlian telah sampai ke tarikh luput.

4. Tempoh tambahan yang diberi kepada pemegang Kad Keahlian untuk melengkapkan kuota pemilihan dan penerimaan buku adalah 8 bulan dari tarikh luput kad keahlian.

5. Pemegang Kad Keahlian PATRON layak menerima layanan pengecualian caj pengeposan atau penghantaran bagi menerima mana-mana judul buku yang masih di dalam kuota pemilihan dan penerimaan mengikut pakej yang dilanggan.

6. Pemegang Kad Keahlian PATRON layak menerima layanan pengecualian caj pengeposan atau penghantaran bagi menerima mana-mana judul buku yang telah melebihi kuota pemilihan dan penerimaan buku mengikut pakej yang dilanggan.

7. Layanan pengecualian caj pengeposan atau penghantaran untuk pemegang Kad Keahlian PATRON ini hanya dibenarkan untuk pengeposan dan penghantaran di dalam kawasan negara Malaysia sahaja.

8. Pengeposan dan penghantaran untuk pemegang Kad Keahlian PATRON bagi di luar kawasan negara Malaysia akan dicaj mengikut harga caj semasa yang ditentukan oleh PATRIOTS PUBLISHING SDN. BHD.

Semua terma dan syarat yang tertera akan ditadbir dan dibina mengikut undang-undang di Malaysia.