Availability: In Stock

E-BUKU Dasar Pandang Ke Jepun

SKU: PP-IH-000024-DPKJ-1-E

RM14.00

Buy this product to earn 14 Poin.

DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.

🔥176 UNIT TERJUAL
Category:

Description

Penulis: Moustapha Abbas

Genre: Sains Sosial / Sejarah

ISBN: 978-967-17344-3-8

Mengenai buku:

Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ini diumumkan semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Salah sebuah negara dalam destinasi Timur yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ialah Negara Matahari Terbit, iaitu Jepun. Namun, setelah 37 tahun dasar tersebut diperkenalkan, apa yang orang kita kenal tentang Jepun? Boleh dikatakan, hampir tidak wujud karya-karya yang bersifat pop membahaskan mengenai dasar itu. Kalau kita benar-benar mahu mencontohi Jepun, apa yang patut kita contohi? Sudah tentu, di sebalik permata dan keagungan yang dapat kita pertontonkan serta dipersembahkan mengenai Jepun, pasti ada sisi-sisi gelap yang tidak diketahui mengenai negara ini.

Jadi, DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.

ISI KANDUNGAN:

Sejarah Dasar Pandang Ke Timur (DPT)
Ainu – Suara Orang Asal Jepun yang Didiskriminasikan
Akiya – Kanser Perumahan Jepun
Akta Perlindungan Eugenik – Polisi Kejam ke Atas OKU Jepun
Bunuh Diri – Pemusnah Manusia dan Ekonomi Jepun
Burakumin – Kasta Jepun Tersembunyi yang Tidak Boleh Disentuh
Cabaran Jepun Menangani Isu Pengurangan Populasi
Cara Jepun Menjaga Budaya Mereka dengan Ratusan Festival
Kekasih untuk Disewa di Jepun
Fenomena Mesin Layan Diri Jepun
Gaman – Dua Sisi Ketabahan Warga Jepun
Geisha: Sebuah Memoir
Hanami: Tradisi Melihat Bunga Sakura Berkembang
Hikayat Kerajaan Sepenggal Jepun
Kisah-Kisah Hantu Jepun yang Menyeramkan
Hikikomori – Fenomena Pengasingan Diri daripada Masyarakat
Ikumen – Fenomena Mr. Mama Jepun
Jepun Mendahului Industri Halal Dunia?
Inemuri – Budaya Tidur Sebentar Jepun
Isu Penangkapan Ikan Paus Komersial – Mimpi Ngeri Diplomatik Jepun
Kaizen – Penggerak Kebangkitan Ekonomi Jepun
Kanko Kogai – Kejutan Peningkatan Pelancong Asing di Jepun
Karoshi – Bekerja Sampai Mampus
Kesetiaan Kepada Maharaja Jepun dalam Konteks Moden
Ketepatan Masa Orang Jepun – Antara Nilai Murni dan Obsesi
Kod Qr – Senjata Teknologi Jepun Tangani Isu Penghidap Demensia
Konbini – Kedai Serbaneka Sebahagian daripada Fabrik Sosial Jepun
Ohitorisama – Fenomena Kehidupan Solo di Jepun
Pedang Samurai – Khazanah Nasional Jepun
Pembersihan Stadium – Seperca Nilai Kebersihan Jepun
Pertumbuhan Industri Berkaitan Kematian di Jepun
Rahsia Kadar Jenayah Rendah Jepun
Sisi Gelap Anime yang Kita Tidak Tahu
Rasa Malu Bangsa Jepun
Rui-Katsu – Katarsis yang Paling Berkesan
Sejarah Perkembangan Islam di Jepun
Seppuku – Ritual Membelah Perut oleh Samurai
Shiba (柴犬) Inu: Khazanah Negara Jepun
Shinkansen – Enjin Kebangkitan Ekonomi Jepun
Sumo – Sukan Tradisi Jepun Tak Lekang Dek Zaman
Ubasute – Amalan Pembunuhan Warga Emas Era Lampau Jepun
Washoku: Budaya Makanan Tradisional Jepun
Yakuza – Dunia Jenayah Terancang Jepun

You may also like…