Availability: In Stock

E-BUKU Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi

SKU: PP-IH-000019-OPS-1-E

RM14.00

Buy this product to earn 14 Poin.

Sinopsis: Operasi Badar : Mencalar Keangkuhan Yahudi

Apabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.

🔥60 UNIT TERJUAL
Category:

Description

Penulis: Rafe Rahmat

Genre: Bukan Fiksyen Umum

ISBN: 978-967-165-2862

Sinopsis: Operasi Badar : Mencalar Keangkuhan Yahudi

Apabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.

Kekuatan Isarel adalah pada pasukan kereta kebal, pasukan udara serta sistem panggilan mobilisasi pasukan simpanan yang cekap dan pantas.  Tidak banyak pula negara yang mahu membekalkan senjata kepada Mesir, kecuali Kesatuan Soviet. Apabila Mesir merayu supaya Soviet membekalkan senjata canggih seperti peluru berpandu Scud dan jet pejuang MiG-23, pemimpin Soviet menyindir dengan mengatakan bahawa Mesir perlu ada tiga perkara untuk berperang:

1.Senjata.

2.Latihan.

3.Semangat.

 

Beliau menyambung lagi “Kamu telah memiliki yang pertama dan kedua”, katanya. Pada jam 2 petang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.

Israel panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berperang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi. Apakah transformasi yang telah dilakukan oleh Mesir dan Syria sehingga yakin untuk berhadapan dengan Israel? Apakah muslihat yang mereka gunakan? Dapatkan jawapannya di sini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “E-BUKU Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi”