Description
Selepas kejayaan menumpaskan tokoh agama palsu, Rahem dinaikkan pangkat dan ditugaskan sebagai timbalan ketua polis di sebuah daerah di Selangor.
Satu demi satu kes berjaya diselesaikan oleh Rahem, termasuklah kegiatan tidak bermoral yang terbesar di Malaysia.
Kredibiliti Rahem meningkat sehingga dia diarahkan untuk membongkarkan sindiket yang diketuai oleh seseorang yang digelar Escobar Asia Tenggara.
Tetapi operasi ini membawa bencana ke atas diri Rahem dan insan-insan yang disayanginya. Hidup Rahem berubah, identitinya hilang dan amarah Rahem menggila.
Dia bertekad untuk membalas dendam, walaupun nyawanya sekali lagi bakal menjadi taruhan!