Availability: In Stock

Teka-Teki: Permainan Penyamar

Original price was: RM33.00.Current price is: RM23.00.

Buy this product to earn 23 Poin.

Atas desakan kehidupan, mereka menyertai Permainan Penyamar bersama lima orang pemain lain untuk memenangi hadiah berjumlah satu juta ringgit. Dibawa ke sebuah sekolah sebagai lokasi permainan, mereka perlu menghabiskan misi sebelum masa yang diberikan tamat. Namun, tanpa disangka, tapak sekolah itu menjadi tempat pertumpahan darah. Terdapat seorang Penyamar yang berpura-pura dalam kalangan mereka. Penyamar yang akan membunuh semua pemain untuk memenangi wang itu.

Only 10 left in stock

Description

“Terima kasih kerana menyertai Permainan Penyamar. Dan tahniah kerana anda dipilih untuk menjadi posisi terpenting dalam permainan ini, iaitu Penyamar.”

10 pemain.

Satu penyamar.

Satu pemenang.

RICO diburu lintah darat gara-gara Saiful. Dia harus bertanggungjawab ke atas hutang-hutang yang bukan miliknya.

MARIA memerlukan wang untuk menyelamatkan adiknya daripada penyakit yang membawa maut. Pembedahan segera perlu dilakukan.

ABEL dituduh sebagai ‘scammer’ paling besar di Kuala Lumpur. Dia diburu oleh ramai orang yang mahu menuntut kerugian.

JULIE berada dalam bahaya kerana hubungan sulitnya diketahui orang. Namun Julie memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan kecantikannya.

ARSYAD terdesak untuk menyelamatkan anaknya yang dituduh membunuh kawan sendiri. Dia memerlukan sejumlah wang yang besar untuk main kotor.

Atas desakan kehidupan, mereka menyertai Permainan Penyamar bersama lima orang pemain lain untuk memenangi hadiah berjumlah satu juta ringgit. Dibawa ke sebuah sekolah sebagai lokasi permainan, mereka perlu menghabiskan misi sebelum masa yang diberikan tamat. Namun, tanpa disangka, tapak sekolah itu menjadi tempat pertumpahan darah. Terdapat seorang Penyamar yang berpura-pura dalam kalangan mereka. Penyamar yang akan membunuh semua pemain untuk memenangi wang itu.

Manakala para Pemain pula perlu meneka identiti Penyamar untuk menyelamatkan diri.

Namun, siapa yang boleh dipercayai? Siapakah Penyamar dalam kalangan mereka?

 

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 25 × 39 × 5 cm