Abdullah Sidek merupakan peminat sejarah tanah air sejak zaman sekolah menengah lagi. Minatnya itu telah mendorong beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2009-2013). Topik sejarah yang diminati ialah berkenaan dengan sejarah kerajaan Melayu dahulukala dan juga mengenai kisah-kisah klasik orang Melayu. Maka disebabkan itu, beliau banyak menulis buku dan juga status pendek di media sosial berkenaan dengan kerajaan Melayu dan kisah-kisah orang Melayu dahulukala.