Adam Lenin

Adam Lenin

Leftenan Adam bin Azman dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 6 Julai 1997. Beliau merupakan anak kepada pasangan guru yang mengajar di sekolah-sekolah sekitar Batu Pahat.

Beliau meminati sejarah ketenteraan sejak kecil lagi apabila bapanya yang merupakan seorang guru Sejarah meninggalkan beberapa buah buku teks sekolah menengah di rumah. Selepas menelaah buku-buku tersebut, beliau mula meminati tokoh-tokoh sejarah dunia.

Di peringkat sekolah menengah pula, beliau mula menuntut ilmu sejarah dengan lebih mendalam menerusi permainan-permainan video seperti Hearts of Iron IV, Company of Heroes 2 dan Civilization.

Semasa di UPNM, beliau mengambil jurusan Pengajian Pengurusan Strategi Ketenteraan. Di sinilah beliau mengembangkan ilmu dan buah fikiran serta mempelajari pelbagai teori ketenteraan yang dilopori oleh Sun Tzu, Alfred Mahan dan Claus von Clausewitz.

Pada tahun 2020, Tuan Adam telah ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda dalam Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Platun di Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

“Agi Hidup Agi Ngelaban.”—Rejimen Renjer Diraja (RRD)

Books By Adam Lenin