Ammar Akmal

Ammar Akmal

Ammar Akmal Zuhdi bin Ramli, atau lebih dikenali di alam maya sebagai ammardathinker ialah seorang pemuda berumur hujung 20-an yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kuantan) dalam jurusan Bioteknologi (Alam Sekitar). Pada ketika ini, beliau sedang melanjutkan lagi pelajarannya pada peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang biologi molekul.

Sejak kecil, beliau dididik dengan kisah pengembaraan dan hikayat peperangan tokoh tokoh tempatan terutamanya Adruja Wijayamala Singa (Cik Siti Wan Kembang I) dan Merong Mahawangsa. Cita citanya, sebagaimana tokoh tokoh yang dipandang tingginya, yang meneroka sempadan baharu dan mempunyai pengembaraan tersendiri, ialah untuk mengembara dan meneroka persada alam yang tak diterokai lagi, seperti dunia sains biologi kuantum yang sangat misteri dan enigmatik. Oh ya, dia juga mahu menjadi seorang rockstar scientist.

Books By Ammar Akmal