Arep Jawa

Arep Jawa

Arep Jawa atau nama sebenarnya Muhammad Arifuddin merupakan anak jati kelahiran Kota Tinggi, Johor. Arep Jawa merupakan pemegang ijazah dalam bidang Pembedahan Pergigian (Bachelor of Dental Surgery) dari Universiti al-Azhar, Mesir. Arep Jawa mula bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak dari Tingkatan 1 lagi. Beliau banyak menulis dalam genre ilmiah dan puisi. Karya sulung Arep Jawa bersama rumah Penerbitan The Patriots adalah Muhammad: Dakwah & Diplomasi.

Sehingga hari ini, karya sulung beliau telah diterbitkan sebanyak empat kali cetakan. Hari ini, anak jati Kota Tinggi yang berdarah Jawa ini sedang berkhidmat di sebuah klinik pergigian swasta di Johor Bahru. Beliau banyak berkongsi di media sosialnya tentang ilmu dan maklumat dalam bidang pergigian di samping sering menuliskan puisi-puisi buat tatapan umum. Di samping itu, Arep Jawa juga mengusahakan perniagaan kedai bundlenya di Kota Tinggi yang dikenali sebagai Hi Towm Bundle.

Books By Arep Jawa