Asif A. Khushaini

Asif A. Khushaini

Pengasas dan ketua inovator di syarikat pemula, Nitium Technology Sdn. Bhd. Di Nitium, beliau bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi kumpulan yang terdiri daripada usahawan tekno muda dan saintis-saintis dalam membina implan gigi berliang daripada bahan termaju nitinol yang pertama di dunia.

Nitium adalah salah satu syarikat pemula deep-tech pertama di Malaysia yang telah dijadikan model kolaborasi antara penyelidikan universiti dengan usahawan muda. Sehingga tahun 2021, Nitium telah memperoleh pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Antaranya, 20 Syarikat Pemula Peranti Perubatan Terbaik di Asia Pasifik 2021 oleh MedTech Innovator, iaitu organisasi akselerator inovasi peranti perubatan terbesar di dunia yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika; Tempat Kedua di Asian Entrepreneurship Award 2020, iaitu anugerah daripada Universiti Tokyo dan Kerajaan Jepun melalui agensi JETRO; 40 Syarikat Pemula Terbaik di Dunia di KSGC 2018, iaitu program syarikat pemula inovatif oleh Kerajaan Korea Selatan; serta, Pemenang Anugerah Emas 2017 di Internationale Fachmesse Ideen Erfindungen Neuheiten (IENA) yang berpangkalan di Nuremberg, Jerman. Nitium juga adalah salah satu syarikat penyumbang dalam Pelan Hala Tuju Teknologi – Bahan Termaju Negara, 2021–2030 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Books By Asif A. Khushaini