AYMAN RASHDAN WONG menjadikan geopolitik sebagai minatnya sejak menuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau suka berkongsi pandangan tentang isu semasa dari perspektif geopolitik melalui akaun Facebook-nya. Walaupun lebih dikenali sebagai seorang pegawai tadbir dan diplomatik yang berkhidmat di Kerajaan Persekutuan Malaysia, beliau lebih suka dilihat sebagai seorang penganalisa geopolitik bebas seperti George Friedman dan Robert Kaplan yang mengulas berdasarkan ilmu. Selain geopolitik, beliau juga merupakan seorang pencinta bahasa-bahasa.