AZIZUL FARHAN merupakan seorang penggemar sejarah, budaya dan peradaban bangsa yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Anak jati Taman Dato’ Harun ini mengarang artikel-artikel bersama The Patriots yang kebanyakannya tertumpu kepada sejarah Melayu, Islam dan geopolitik serta isu semasa.
Beliau merupakan seorang graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara di Universiti Malaya.
Bercita-cita ingin menjadi ahli arkeologi yang mana minat tersebut timbul selepas terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar bukan mencari harta karun, tetapi mencari kebenaran sejarah.