Azraei Muhamad

Azraei Muhamad

Azraei Muhamad memulakan perkongsian perjalanan pengurusan kewangan peribadi bermula dengan terbitnya buku pertama beliau, Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima.

Menceritakan kisah peribadinya mencapai simpanan RM100,000 pada usia 25 tahun, beliau mula dipanggil sebagai penceramah undangan sejak 2016 di media-media, agensi kerajaan, syarikat swasta, dan universiti tempatan serta luar negara (UK, 2018).

Selepas lebih 16,000 pembaca untuk buku pertama dan 20,000 peserta kursus, kini beliau tampil dengan buku sekuel, Enam Angka Menjelang Disember (2020).

Selain penulisan buku dan artikel kewangan bersama AKPK, Azraei Muhamad juga merupakan seorang pengurus agensi takaful dengan pengkhususan membantu lebih ramai lagi masyarakat menjadi Bangsa Enam Angka.

Nota Tambahan: Seorang suami yang kacak dan pandai mengambil hati orang tua.

Books By Azraei Muhamad