Badrul Munir Ghazali berprofesion sebagai jurutera. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di UiTM pada 2022. Tamadun Asia Timur menjadi minat utamanya sejak bangku sekolah, terutamanya Korea. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan di The Patriots, blog (LamAlifBa, Medium), X dan TikTok. Beliau mula menulis secara sambilan di The Patriots sejak 2020.
Kesulitan masyarakat marhaen memiliki maklumat tepat perihal Asia Timur dalam Bahasa Melayu mendorong beliau menghasilkan Kitab Tamadun Korea. Memiliki hasrat menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Cogan hidup beliau; 불비불명(不飛不鳴).
Boleh ikuti perkembangan penulis di X (@badrulmounier).