Dr Farahi Kamaruddin

Dr Farahi Kamaruddin

FARAHI KAMARUDDIN atau nama sebenarnya, Noor Farahi Kamaruddin berkelulusan PhD dalam bidang Pemakanan dan mula terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 2010 sebagai penulis cerpen dan majalah Kosmik.

Kini memilih untuk menjadi ghostwriter, editor dan penterjemah bebas secara sepenuh masa. Mula menulis artikel bersama The Patriots pada awal tahun 2018.

Anak jati Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Sukakan buku, drama, muzik dan filem.

Mula berminat dalam kebudayaan serta sejarah Korea sejak mula menonton Kdrama pertama pada tahun 2003, iaitu Winter Sonata. Minat dalam kebudayaan Korea mendorongnya untuk mempelajari Bahasa Korea dan boleh menguasai asasnya.

Boleh ikuti perkembangan dan kisah-kisahnya melalui Twitter: @Fara_soul dan FB: Farahi Kamaruddin.

Books By Dr Farahi Kamaruddin