Hidir Ali Razali

Hidir Ali Razali

Hidir Ali bin Razali, dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 2 September 1983. Membesar dan bersekolah di Shah Alam, dan sehingga sekarang masih menetap bersama isteri dan keluarga di Shah Alam. Tidak mempunyai latar belakang yang terkait dengan mana-mana seniman atau seniwati filem Melayu klasik. Namun berbekalkan minat yang mendalam, sejak berusia 10 tahun lagi beliau sudah serius melakukan kajian tentang filem Melayu klasik ini. Perkara ini berlaku kerana beliau telah didedahkan dengan perkara ini, memandangkan kedua-dua ibu dan bapanya juga sangat meminati perkembangan filem Melayu klasik dan sejarahnya. Secara tidak langsung minat itu mungkin diturunkan kepada beliau.

Books By Hidir Ali Razali