Luqmanul Hakim bin Abdul Razak mula menelaah dan memikirkan isu-isu dalam sains evolusi pada tahun 2018, dan sejak itu aktif berkongsi ilmu tersebut dengan masyarakat. Meminati biologi sejak kecil, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi dan kini berkhidmat sebagai seorang pegawai farmasi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Neurosains Kognitif, bidang pengkajian otak dan minda. Selain meminati pemikiran dan idea saintis-saintis evolusi seperti Charles Darwin, EO Wilson, Richard Dawkins, dan Stephen Jay Gould, beliau juga meminati karya-karya fiskyen seperti hasil nukilan Fyodor Dostoevsky, Franz Kafka, George Orwell, Rad Bradbury, dan Oscar Wilde.