Sayf al-Siddiqi

Sayf al-Siddiqi

Mendapat pendidikan formal peringkat sekolah menengah di Maktab Mahmud Alor Setar daripada 2014-2019, dan peringkat sarjana muda di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya daripada 2020-2024.
Mendapat pendidikan tidak formal di Pusat Pendidikan dan Pengajian Islam Darul Hikmah di bawah asuhan al-Shaykh Dr. Khaleel Elyas al-Iraqi hfz semenjak 2019 hingga kini. Selain itu, turut belajar pendidikan agama secara turath/tradisional daripada ulama-ulama luar negara secara atas talian. Antaranya al-Shaykh Dr. Abdul Muhaimin al-Kurdi (Iraq), Shaykh Dr. Ahmad al-Tijani al-Azhari (Mesir), Shaykh Husam Ramadan (Mesir) dan beberapa lagi guru.

Juga telah menulis dua buah buku akidah yang berjudul Aqidah Ahli Sunnah Menurut Imam al-Nawawi dan Syarah Aqidah Imam al-Nawawi, menterjemahkan sebuah manuskrip akidah daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu yang berjudul Akidah Umat Islam serta telah menulis beberapa artikel akademik berkenaan ilmu kalam, mantik dan juga falsafah.

Kini selain daripada giat menulis dan mengajar ilmu aqliyyah, sedang melakukan kajian dalam bidang kalam dan falsafah untuk pengajian peringkat pasca-graduasi.

Books By Sayf al-Siddiqi