Thaqib Shaker

Thaqib Shaker

Thaqib Shaker merupakan wartawan sambilan (stringer) Utusan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Media kepada Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Masyarakat mengenali beliau sebagai pendokong Haluan Kiri, mencintai perpaduan dalam kalangan anak Malaysia tanpa mengenal warna kulit, agama dan latar belakang selain gemar mengkongsikan idea-idea unik dalam usaha membawa gaya pemikiran berbeza, melawan arus dan progresif dalam kalangan masyarakat di negara ini. Selama tujuh tahun berkelana di Turkiye dan Bosnia-Herzegovina, beliau telah belajar dan merasai banyak perkara yang menyedarkan beliau tentang realiti sebenar bangsa asing dan masalah yang membelungi dunia Melayu. Oleh itu, beliau nekad kembali ke tanahair untuk menggerakkan usaha menyedarkan anak bangsa. Setakat ini, beliau telah menulis sebanyak 9 buah buku yang merangkumi pelbagai genre dari syarikat penerbitan berbeza. Selain berjuang di medan media sosial dan penulisan atas kertas, beliau juga ingin terlibat lebih aktif dalam politik kerana percaya bahawa idea-idea pembangunan bangsa dapat menjadi realiti sekiranya kuasa di dalam tangan.

Books By Thaqib Shaker