Description
Pernahkah anda merasakan hidup anda seolah-olah terhenti di tengah-tengah hiruk-pikuk dunia moden? Terkadang, kita terlalu sibuk mengejar duniawi sehingga terlupa akan tujuan sebenar kehidupan ini. Reset Hidup: Recharge Iman membawa anda kepada sebuah perjalanan untuk memulakan semula hidup dengan memperbaharui iman.
Buku ini mengetengahkan konsep hijrah yang lebih mendalam — hijrah daripada kebiasaan yang melalaikan kepada ketenangan rohani. Dengan bimbingan daripada ajaran al-Quran dan sunah, serta pelbagai kisah inspirasi, buku ini akan membantu anda mengembalikan keseimbangan hidup antara dunia dengan akhirat.
Reset Hidup: Recharge Iman sesuai bagi sesiapa yang ingin melakukan perubahan diri, memperkukuhkan hubungan dengan Ilahi dan mencari makna sebenar kebahagiaan. Bersedialah untuk melangkah ke arah kehidupan yang lebih tenang, penuh hikmah dan diberkati.