Description
Amerika Syarikat—negara yang membatasi logik akal. Bagaimana sebuah kuasa besar boleh muncul dalam masa kurang 100 tahun tanpa akar, tanpa bangsa dan tanpa sejarah? Daripada koloni yang penuh dengan konflik, kebuluran dan kanibalisme, Amerika bangkit menjadi kuasa dominan yang menakluk dunia.
Buku ini mengupas sejarah kelam dan berdarah Amerika Syarikat, daripada leluhur peribumi yang berjuang mengekalkan tanah mereka, hingga kedatangan penjelajah Eropah yang membawa kemusnahan. Kisah keganasan Columbus, kezaliman Sepanyol ke atas Aztec dan Inca, serta percaturan geopolitik yang membuka jalan kepada kebangkitan Amerika sebagai kuasa besar.
– Mengapakah Jepun, Jerman dan Soviet akhirnya tunduk kepada Amerika?
– Bagaimanakah perang dan agama menjadi alat penjajahan yang paling berkesan?
– Kenapakah perang di Afghanistan dan Vietnam gagal memusnahkan dominasi Amerika?
Dari laluan Beringia ke Salem Witch Trials, daripada Perang Revolusi ke Perang Dingin, buku ini menghubungkan sejarah dunia kepada kebangkitan Amerika sebagai PENGUASA DUNIA BAHARU.