Lama juga tak tulis ulasan tentang penerbitan buku di Malaysia.
Sejak tahun 2012 aku menyertai PBAKL, aku dapati banyak penerbit amat bergantung kepada jualan di PBAKL. Bergantung yang memang betul-betul bergantung umpama bagai hidup dan mati bagi sesebuah syarikat penerbitan.
Malah aku sendiri pernah berfikiran sebegitu iaitu;
“Kalau takde PBAKL, macam mana penerbit nak survive.”
Sehinggalah kemerosotan Terfaktab pada sekitar 2016, aku mula sedar bahawa suatu perkara penting perlu dilakukan untuk sesebuah syarikat penerbitan itu, apabila sudah memasuki ‘mass market‘ dan ‘mass production‘;
Syarikat penerbitan perlu untuk tidak terlalu bergantung kepada jualan di PBAKL atau mana-mana acara perbukuan terbesar di dalam negara.
Perkara ini sebenarnya agak sukar dilakukan kerana ia perlu dibina dari awal atau ‘start from scratch‘. Malah tak semua orang yakin dengan cara sebegini kerana risikonya besar, memadamkan cita-cita tinggi serta tidak diterima oleh mereka yang idealis.
Tetapi, dalam perniagaan. Kita perlu berfikiran realis.
Untuk self-publisher atau bedroom publisher, tiada masalah untuk tidak bergantung kepada PBAKL kerana penerbit sebegini tidak menghasilkan mass production untuk mass market. Self-publisher lebih mengutamakan pasaran bersasar, untuk beroperasi sepanjang tahun. Niche. Fokus pada satu genre. Itu adalah cara self-publisher.
Jadi, pada aku adalah tidak mustahil untuk penerbit yang bukan self-publish melakukan beberapa perubahan yang sesuai, walaupun sesebuah penerbit mengadakan mass production dan mass market, ia boleh survive walau tanpa PBAKL.
Apa yang penting ialah fokus.
Apa yang penting ialah siapa sasaran kau?
Apa yang penting ialah berapa jumlah judul aktif yang sesuai dengan OPEX kau?
Dan yang paling penting ialah;
Kita menerbit dan meniaga buku bukan kerana profit semata, tapi kerana VALUE AND PEOPLE.
Profit takkan terhasil tanpa dua perkara tersebut.
Membina dari awal sebuah penerbitan yang tidak terlalu bergantung kepada jualan di PBAKL memerlukan strategi yang baik untuk menampung potensi kehilangan jualan di PBAKL.
Di samping itu, ia memerlukan suatu cara efektif untuk sesebuah penerbitan menguasai pasaran dan pembaca tanpa jualan di PBAKL.
Wabak Covid19 dan PKP sebenarnya telah menguji penerbit-penerbit di Malaysia sama ada boleh atau tidak untuk bertahan, tanpa jualan PBAKL atau mana-mana acara. Dan lebih sedih, tanpa jualan di kedai-kedai buku.
Jika kalian melihat ada penerbit-penerbit yang masih aktif atau masih ada menjual buku di media sosial pada waktu sekarang, sokonglah mereka dan belilah buku mereka. Kerana mereka sedang bertahan, sedang menjadi kuat, dan tak mengenal erti ‘give up‘.
Ini bukan tentang yang kuat akan makan yang lemah.
Ini tentang yang kental akan terus hidup.