Availability: In Stock

The Psychology of Money – Seni Menjinakkan Wang

Author: Kauthar Rozmal

Original price was: RM50.00.Current price is: RM45.00.

Buy this product to earn 45 Poin.

Buku The Psychology of Money, Morgan Housel telah terjual lebih 2 juta naskhah di seluruh dunia. Kini kami bawakan edisi terjemahan ke Bahasa Melayu untuk anda!

Penulis berkongsi 19 kisah pendek yang meneroka cara pelik manusia berfikir tentang wang serta mengajar anda cara memahami dengan lebih baik salah satu topik paling penting dalam kehidupan. Kandungan buku ini tidak terlalu berat tetapi sarat dengan saranan kewangan yang lain daripada yang lain.

Saranan kewangan dari kami pula, beli secara pra-tempah dan nikmati penghantaran percuma dan diskaun bersama klip duit sebagai hadiah. Jom jinakkan duit!

Only 6 left in stock

🔥431 UNIT TERJUAL
Category: Tag:

Description

PROFIL PENULIS 

Morgan Housel merupakan rakan kongsi di syarikat Collaborative Fund. Sebelum ini beliau ialah kolumnis di The Wall Street Journal dan The Motley Fool. Beliau pernah memenangi The Best in Business Award daripada Society of American Business Editors and Writers sebanyak dua kali, New York Times Sidney Award, dan finalis sebanyak dua kali bagi Gerald Loeb Award for Distinguished Business Writing.

BLURB

Menguruskan wang dengan baik tidak semestinya tentang apa yang anda tahu. Ia mengenai tingkah laku anda. Dan tingkah laku sukar untuk diajar, walaupun kepada orang yang benar-benar pintar.

Wang—pelaburan, kewangan peribadi dan keputusan perniagaan—kebiasaannya diajar sebagai bidang berasaskan matematik, iaitu data dan formula memberitahu kita dengan tepat perkara yang perlu dilakukan. Tetapi dalam dunia sebenar, orang tidak membuat keputusan kewangan berdasarkan hamparan kerja. Mereka membuat keputusan di meja makan, atau di dalam bilik mesyuarat, di mana sejarah peribadi, pandangan unik anda tentang dunia, ego, kebanggaan, pemasaran dan insentif ganjil dihimpunkan bersama.   

ISI KANDUNGAN 

Pengenalan: Pertunjukan Terhebat Di Bumi 

  1. Tiada Siapa yang Gila
  2. Tuah & Risiko
  3. Tidak Pernah Cukup
  4. Pembauran Pengkompaunan
  5. Jadi Kaya VS Kekal Kaya
  6. Hasil Tidak Akan Mengkhianati Usaha
  7. Kebebasan
  8. Paradoks Lelaki dalam Kereta
  9. Kekayaan adalah Apa yang Anda Tidak Nampak
  10. Simpan Wang
  11. Munasabah > Rasional
  12. Kejutan!
  13. Ruang untuk Kesilapan
  14. Anda Akan Berubah
  15. Tiada Apa yang Percuma
  16. Anda dan Saya
  17. Godaan Pesimisme
  18. Apabila Anda Akan Percaya dengan Segalanya
  19. Kesimpulan
  20. Pengakuan
  21. Pascaskrip

Additional information

Weight 0.7 kg
Dimensions 25 × 39 × 5 cm
Penulis

ISBN

9789672437581

Penterjemah

Kauthar Rozmal