Makluman Ralat Bagi Kronikel One Piece: Sejarah di Sebalik Manga

Kami ingin memaklumkan terdapat ralat teks pada halaman 112, buku Kronikel One Piece: Sejarah di Sebalik Manga oleh Amir Zayyanid.

 

Perhatikan petikan ini :

Catatan-catatan tentang kegiatan l’Olonnais kebanyakannya berlangsung dalam lingkungan tahun 1667 dan 1668. Berkemungkinan ini kerana aktiviti-aktiviti beliau ke atas Sepanyol sedikit-sebanyak mempengaruhi perjalanan Perang Peralihan Kuasa 1667-1668 (War of Devolution). Namun begitu, tidak seperti Henry Morgan si wira England, nama lanun yang membunuh sesiapa sahaja yang tidak mengibarkan bendera Fleur d’Lis di tiang utama kapal mereka ini tidak didendangkan melainkan sebagai seorang lanun yang kejam.

Perkataan kejam pada akhir perenggan ini terlindung dengan gambar Fleur d’lis

 

Masalah ini berlaku disebabkan kesilapan teknikal pada bahagian editorial. Kami akan memperbaiki kesilapan teknikal ini pada cetakan yang seterusnya kelak. Kami memohon maaf atas ralat ini.

 

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian,

Pengurus Editorial.