Zamir Mohyedin merupakan ahli fizik, penyelidik, pengarang dan kolumnis Malaysia. Beliau memegang ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam fizik perubatan dan ijazah sarjana (M.Sc) dalam fizik bahan. Penyelidikannya tertumpu pada simulasi DFT, tenaga termoelektrik, penentuan sifat atomik bahan, pengimejan perubatan dan dosimetri sinaran. Beliau mempunyai minat dalam antropologi, biologi evolusi dan biologi sintentik.
Zamir telah mengarang buku sains popular termasuklah siri Genesis dan The Human’s Complex. Beliau telah menyumbang banyak artikel sains kepada Selangorkini sebagai kolumnis, laman media sosialnya sendiri dan majalah Dewan Kosmik (DBP). Zamir berpengalaman menjadi pembicara di Tedx dan ML Studios. Beliau adalah ahli Institut Fizik Malaysia dan Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia.