Availability: In Stock

The Human’s Complex

SKU: PP-IH-000023-THC

Original price was: RM33.00.Current price is: RM28.00.

Buy this product to earn 28 Poin.

The Human’s Complex. Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Only 7 left in stock

🔥1210 UNIT TERJUAL
Category: Tag:

Description

Penulis: Zamir Mohyedin & N.H.M

Genre: Sains Sosial / Psikologi

ISBN: 978-967-17344-2-1

Mukasurat:  280

Mengenai buku:

Minda, pemikiran dan tingkah laku manusia merupakan satu “daerah” yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya sungguh rumit sekali. Cabang pengajian tentang minda manusia dikenali sebagai psikologi; merangkumi kajian tentang minda, cara ia berfungsi dan bagaimana proses minda (dalaman) tersebut mempengaruhi kelakuan atau personaliti seseorang (luaran).

Tetapi tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula dijalankan sejak dari zaman purba lagi? Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam jantung manusia.

Sementara itu, menurut buku The Oxford Handbook of the History of Psychology: Global Perspectives, saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibnu Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk merawat sawan, mimpi dan masalah lemah ingatan. Selain itu, menurut U.S. National Library of Medicine, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada Zaman Pertengahan dahulu.

Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

“The mind of man is capable of anything.” – Joseph Conrad

ISI KANDUNGAN

1. Kesan Tekanan Kelompok terhadap Penilaian Individu
2. Ancaman Rotten Tomatoes kepada Hollywood
3. Kecerdikan dan Kebijaksanaan Kelompok
4. Kenapa Tentera Hitler Sanggup Membunuh Berjuta-juta Orang?
5. Pencemaran Ingatan Manusia yang Rapuh
6. Mengapa Seseorang Tidak Menghulurkan Bantuan Ketika ada Orang Ramai?
7. Kelemahan Maklumat dan Kekuatan Kepercayaan
8. Beban Perasaan Ingin Tahu
9. Mengapa Anda Mudah Marah ketika Memandu?
10. Khayalan terhadap Potensi Diri
11. Mengapa Anda Fobia pada Perkara yang Tidak Membunuh Anda?
12. Mengapa Kita Sering Berbelanja Lebih?
13. Mengapa Anda Percaya pada Orang yang Tidak Dikenali?
14. Bagaimana Persepsi dapat Mempengaruhi Tubuh?
15. Lebih Baik Memberikan Ganjaran ataupun Ancaman?
16. Kisah Selanjutnya daripada Ujian Marshmallow
17. Mempunyai Pilihan Membuatkan Kita Lebih Berpuas Hati
18. Penyelesaian untuk Persoalan “Makan di Mana?”
19. Mengapa Kita Lemah dalam Matematik?
20. Bagaimana Cita Rasa Pasangan Anda?
21. Benarkah Perempuan Lebih Memilih Harta Berbanding Rupa?
22. Mengapa Orang Jahil Mengaku Bijak?
23. Fenomena Fujoshi dan Homoseksual
24. Kompleks Kegilaan dan Obses terhadap Kanak-kanak Perempuan
25. Bagaimana Kanak-kanak Belajar daripada Persekitaran?
26. Adakah Mereka Faham Apa yang Kita Faham?
27. Mengapa Anda Lebih Rajin apabila Diperhatikan?
28. Bagaimana Pendapat Orang Lain dapat Mengubah Diri Anda?
29. Realiti di Sebalik Filem “Passengers” (2016)
30. Tidak Sempurna itu Menarik
31. Kisah Seorang Pembunuh Bersiri dari Jepun
32. Bagaimana sesuatu Kisah Menjadi Tular?
33. Bagaimana Ingin Mengubah Dunia?
34. Kesan Buku terhadap Pendidikan Kanak-kanak
35. Psikologi Kemanusiaan di Sebalik Peperangan
36. Bagaimana Mencabar Reaksi Minda?
37. Topeng Personaliti yang Ditunjuk pada Orang Lain
38. Kompleks Takutkan Keunikan Diri

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 12 × 5 × 15 cm
Penulis

,

You may also like…