• E-BUKU Tasjil Anis Salatin – Rahsia Agung Melaka

    Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara. Ikuti garapan sosio-budaya dan sosio-ekonomi Kesultanan Melayu Melaka di dalam buku yang pasti dapat menjawab segala persoalan anda mengenai ketamadunan ini.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Perjuangan Sungai Batu

    582 Sebelum Masihi. Ini bukan calang-calang tarikh. Berdirinya Tamadun Batu adalah lebih awal daripada China disatukan di bawah Qin Shi Huangdi. Lebih awal daripada kelahiran Alexander The Great menakluk dan membina empayar. Lebih awal daripada Lebih awal daripada Julius Caesar membina empayar Rom. Lebih awal daripada Asoka menyatukan seluruh India. Lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A,S dan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih awal ribuan tahun daripada tarikh wujudnya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melayu Srivijaya.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Perang Salib Pertama – Kelahiran Templar

    Bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama?

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Nazi Di Hujung Jari

    “Mein Führer”

    Sekelompok rakyat Malaysia mendendangkan entiti Nazi ini seperti hero.

    Kononnya;

    1. Nazi adalah penyelamat umat Islam melawan Yahudi
    2. Mereka membebaskan umat Islam daripada penjajahan.
    3. Mereka diibaratkan sebagai adiwira seperti di dalam komik barat.
    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Mencabar Teori Konspirasi

    Teori Konspirasi

    Ada sesuatu yang tidak kena pada teori-teori konspirasi ini yang dipeluk oleh umat sejagat. Teori ini tidaklah sesuci yang dibayangkan. Teori ini ada sisi gelap yang menunggu masa dibongkarkan.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Mencabar Teori Chola

    Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.

    Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Malaysia Military Power II

    Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa depan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk ‘pelaburan’ yang bermanfaat untuk rakyat.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Kronikel One Piece

    “Tekad yang diwarisi, impian seseorang manusia dan peredaran waktu; Selagi manusia terus mencari erti kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang.” – Gol D. Roger Si Raja Lanun

    Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

    Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Dasar Pandang Ke Jepun

    DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Alegori Naruto – Falsafah Di Sebalik Manga

    Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:

    “Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.

    RM14.00
    Add to cart
  • E-BUKU Mistik Alam Melayu

    Ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar

    RM14.00
    Add to cart