Availability: In Stock

Same As Ever (Edisi Bahasa Melayu)

Original price was: RM50.00.Current price is: RM40.00.

Buy this product to earn 40 Poin.

“Buku ini mengetengahkan konsep-konsep yang mana lebih cepat anda memahaminya, lebih cepat anda hidup lebih kaya dan memuaskan.” — SCOTT GALLOWAY Profesor pemasaran di NYU Stern dan penulis buku terlaris Adrift

“Housel bijak dalam memilih cerita yang sempurna dan tidak boleh dilupakan untuk membawa pengajaran yang tak lapuk dek zaman mengenai wang, hidup, penceritaan, cita-cita dan kepuasan.” — DEREK THOMPSON The Atlantic

🔥8 UNIT TERJUAL

Description

Jika anda berjalan ke masa lampau kira-kira 500 tahun dahulu atau ke masa depan kira-kira 500 tahun dari sekarang, anda akan terkesima melihat betapa banyaknya perubahan dalam teknologi dan perubatan. Aturan geopolitik kelihatan tidak masuk dek akal pada anda. Bahasa dan dialek mungkin menjadi sangat asing, tetapi anda akan perasan prinsip-prinsip universal yang memandu tingkah laku — Orang menjadi tamak dan takut, tidak melihat jauh kerana terlebih yakin dan didorong oleh risiko serta cemburu, seperti hari ini. Apabila anda dibawa ke dunia yang tidak dikenali ini, anda akan menghabiskan beberapa minit menyaksikan tingkah laku manusia dan berkata, “Oh, saya pernah melihatnya sebelum ini.”
Dalam Same as Ever, Morgan Housel menawarkan pembaca satu pengembaraan melihat tingkah laku dalam sejarah dunia yang telah memainkan peranan penting dalam detik-detik penting sejarah, daripada penciptaan senjata nuklear pertama kepada penubuhan Amazon, daripada T.E. Lawrence kepada Jack Welch. Kisah-kisah tentang risiko, peluang dan kehidupan yang baik memberi kita pengajaran yang tak lapuk dek zaman, yang berbaloi untuk diberikan perhatian supaya kita boleh mengasingkan maklumat penting dan tidak penting, serta mengoptimumkan pembuatan keputusan. Sejarah dipenuhi dengan kejutan yang tidak dilihat orang. Akan tetapi, jika kita melihat apa yang tidak berubah, kita boleh menjadi lebih yakin dengan pilihan kita, tak kira apa yang ada pada masa depan.
MORGAN HOUSEL merupakan penulis buku antarabangsa terlaris The Psychology of Money. Seorang rakan kongsi dalam Collaborative Fund dan bekas penulis Wall Street Journal. Beliau ialah pemenang Best in Business Award sebanyak dua kali daripada Society of American Business Editors and Writers, pemenang New York Times Sidney Award, dan dua kali finalis Gerald Loeb Award for Distinguished Business and Financial Journalism. Kini beliau menetap di Seattle bersama isteri dan dua anaknya.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 25 × 39 × 5 cm