Description
Berbanggalah, kerana Melaka adalah kemuncak peradaban bangsa. Baca rahsia-rahsia agung tentang pelabuhan Melaka yang terkaya pada masa silam.
Melaka bukanlah hanya tentang perseteruan Tuah-Jebat, kisah Puteri Gunung Ledang, mahupun kisah sakti Taming Sari.
“Barang siapa yang menguasai Melaka, maka dialah yang akan memegang leher Venice.” – Tom Pires
Rahsia keagungannya terletak pada kemuncak intelektual warganya membangunkan sebuah empayar hebat zaman berzaman.
“Quem for senhor de Malaca, tem a sua mao na garganta de Veneza.”
Tentang Penulis:
Farahana Shuhaimi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Sejarah, Politik dan Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kajian sejarah Melayu dan memiliki kepakaran khusus dalam bidang Sejarah Perubatan dan Kesihatan di Negeri-Negeri Selat dan Tanah Melayu amnya. Bekas penyelidik kepada Profesor Adnan Nawang dalam kajian berkenaan Za’ba di Arkib Negara Malaysia. Beliau dan Gading Bertuah saling bekerjasama secara aktif melakukan penjelajahan ke setiap lokasi peristiwa sejarah, bagi menghasilkan penulisan sejarah yang objektif, dalam mengisi ruang kosong maklumat sejarah ke dalam minda masyarakat Melayu, selain menyedarkan bangsa lain tentang misteri bangsa Melayu yang pernah mempengaruhi perkembangan ekonomi tamadun dunia.
Mohamad Redzuan b. Husin –
Tasjil Anis Salatin
Mohamad Redzuan b. Husin –
5*****
zakaria –
Saya nk ode 1 buku tasjil anis salatin dn teknologi kesultanan melaka
noor asmira (verified owner) –
Buku ini sesuai kepada pelajar kerana dapat memberi info lebih lanjut mengenai kerajaan melaka yang begitu gah suatu masa dahulu. Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan memang sesuai untuk orang yang suka membaca