Ingin tahu apa yang terjadi kepada pesawat MH 370 dan MH 17? Bacalah buku tulisan Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang terlibat secara langsung dalam siasatan dua tragedi menyayat hati ini.
- You cannot add "Pertempuran-pertempuran Agung : Seni Pertempuran Terulung" to the cart because the product is out of stock.
Penerbangan Terakhir: MH370 & MH17
RM38.00
In stock
In stock
Description
Misteri kehilangan MH 370 masih lagi menghantui rakyat Malaysia. Kehilangan pesawat tersebut diratapi oleh setiap lapisan masyarakat. Ketika rakyat Malaysia masih lagi menunggu dengan sabar khabar berita itu, satu lagi tragedi terus menggegarkan negara. Kali ini berkenaan Pesawat MH 17 yang telah ditembak di suatu sudut langit Eropah. Ratusan nyawa lagi diragut dalam nahas pesawat tersebut.
Lantas, kedua-dua tragedi tersebut meninggalkan tanda tanya. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kedua-dua pesawat itu? Ada teori konspirasi, ada teori geopolitik, malah timbul pelbagai hipotesis. Tetapi tidak salah jika kita semua ketahui sendiri daripada mantan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia yang mengetuai siasatan awal; dan juga yang bertanggungjawab mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkaitan dengan nahas.
Ada riwayat yang mahu didendangkan beliau berkaitan dua tragedi itu yang anda tidak mungkin dapat di tempat lain.
Additional information
Weight | 0.5 kg |
---|---|
Penulis | Dato' Sri Azharuddin Abdul Rahman |
Year | 2022 |
ISBN | 978-967-2437-18-5 |
Bil. Muka Surat | 258 |
Language | Bahasa Melayu |