Assalamualaikum dan salam sejahtera Patriots.
Berjumpa kita dalam edisi pertama, Surat Berita Patriots edisi Julai 2023. Ya saya tahu dalam surat berita sebelum ni sepatutnya dah masuk surat berita edisi 02, tapi selepas berfikir lama, saya nak make it right the first time.
Makanya ya, terimalah surat berita edisi pertama ini di mana kami akan update anda semua aktiviti dan perkembangan terkini Patriots.
Oh ya, nak memudahkan kita semua merujuk semula nanti, saya letakkan edisi Julai sebagai 01.B sebab surat berita ini akan dikeluarkan setiap 1hb (.A) dan 15hb (.B). Maka sebab itulah numbering-nya begitu 01.B.
Ok, tak nak memanjangkan celoteh, jom kita mulakan surat berita edisi pertama ini.
Patriots Asia: Sebuah Lembaran Baru
Pertama sekali saya nak war-warkan dahulu yang Patriots Publishing Sdn Bhd sudahpun bertransformasi kepada Patriots Asia Sdn Bhd.
Sejajar dengan transformasi ini, kami juga sudah mula mengorak langkah dari syarikat buku kepada syarikat pencipta kandungan atau content creator.
Produk teras kami masih lagi buku buat masa ini, tetapi akan ditambah dengan beberapa medium lain dalam usaha kami menyebarkan ilmu dan informasi. Inshaa Allah ke depan akan ada audiobook, podcast dan sebagainya.
Sekarang pun kami dah mula aktif di platform media sosial yang lain. Kalau sebelum ini di facebook sahaja, tapi sekarang sudah aktif juga di twitter, instagram dan tiktok.
Jemput like dan follow kami di platform lain jika belum. Banyak informasi yang lebih interaktif yang kami laksanakan di sana seperti twitter space dan tiktok live.
Imprints Patriots
Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak, Patriots sebenarnya sudahpun mempunyai 3 imprints yang membawa niche dan genre berbeza. Imprints tersebut adalah:
- Patriots Publishing (PatPub) – genre non-fiction, pop-academic, perkongsian ilmu pengetahuan dalam bahasa santai dan mudah.
- Mahakarya (MK) – genre fiction, novel aksi, thriller, fantasi dan misteri dari pelbagai latar.
- Write & Brave (W&B) – genre kewangan, bisnes, motivasi, polititk.
Jadi kalau selepas ini nampak nama-nama ini, anda dah boleh bayangkan apakah genre yang ia bawa.
Selain 3 imprint kami juga sedang merancang untuk terbitkan buku-buku dan bahan bacaan yang lebih sesuai untuk bacaan golongan pelajar rendah dan menengah melalui susunan teks, layout dan ilustrasi yang lebih menarik serta mudah dihadam minda yang sedang berkembang.
Di bawah W&B juga kami sudah mulakan khidmat self-publishing di mana kami bantu mana-mana individu atau pihak yang nak terbit buku. Berita baik buat anda yang terinspirasi nak menerbit buku sendiri kan?
Saya akan bercakap mengenai potensi memiliki buku tulisan sendiri ni dalam Edisi 02.A nanti.
Write & Brave Mula Mengorak Langkah
W&B adalah antara imprint yang akan kami fokus ke depan ini. Kami sangat bersemangat nak terbitkan buku-buku dalam bidang kewangan, perniagaan dan motivasi.
Antara buku-buku yang telah kami terbitkan di bawah W&B adalah:
- Labur Santai – buku pelaburan
- 6 Angka Menjelang 25 – buku kewangan
- 6 Angka Menjelang Disember – buku kewangan
- Psychology of Money – buku kewangan dana psikologi (terjemahan)
Selepas kejayaan buku terjemahan Psychology of Money, kami sedang dalam proses menterjemah beberapa judul best-seller antarabangsa lain dalam bidang kewangan, motivasi dan perniagaan.
Terujalah dan nantikan perkembangan W&B ke depan ini.
Program-Program Karier, Keusahawan & Bisnes
Sejajar dengan perkembangan W&B, kami juga banyak melaksanakan kursus dan bengkel online serta offline dalam bidang pembinaan karier, pengurusan bisnes dan keusahawanan di bawah LEAPS4ME dengan kerjasama Dragonfire Corporate Solutions.
Antara program-program yang telah kami laksanakan adalah:
- Leadership Accelarator Progam (LEAP)
- Run Better Meetings
- Solving Problems Effectively Efficiently Decisively (SPEED)
- Career Building & Career Path
- Finishing Schools
- Quick Business Optimization (QBO)
- LinkedIn & TikTok: Building Brand Trust & Brand Loyalty
Banyak lagi program yang akan kami susun ke depan ini. Watch this space. Kami akan war-warkan program-program kewangan, keusahawanan dan bisnes untuk anda sertai ke depan nanti.
Segera Terbit: Manusia Sebelum Adam (MSA)
Ini adalah judul buku terbaru yang akan terbit pada hujung Julai ini. Pra-tempah akan dibuka pada 25hb Julai 2023.
Buku ini berharga RM38/naskah, setebal 422 muka surat, buku ini membincangkan dan menjelaskan tentang topik manusia sebelum Adam dari aspek agama dan sains.
Saya kongsikan sinopsis buku ini di bawah:
Dah teruja? Tunggu pra-tempah dibuka 25hb Julai 2023 ini. Buku dijangka siap cetak pada minggu kedua Ogos.
Unit adalah terhad. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan naskah awal anda.
Di Hujung Meja Pengarang
Kita dah sampai di penghujung surat berita edisi kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan, tapi kita teruja secara berkalalah ya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan menyokong kami selama ini.
Kita jumpa lagi pada edisi 02.A bulan Ogos nanti.
Sekian,
Jamalee Bashah
Group CEO Patriots
Moving Forward As One