Kerana anda, The Patriots terus maju 🥹

Assalamualaikum dan salam sejahtera Patriots.

Pejam celik pejam celik sudah lebih 10 tahun Patriots wujud sebagai platform perkongsian ilmu dan info. Saya fikir dah tiba masa bawa Patriots ke satu aras lagi dengan mendekatkan dan mengeratkan hubungan bersama anda, para pembeli dan penyokong Patriots yang kami kasihi.

Ini adalah newsletter pertama Patriots yang akan dijadikan sesi bulanan. Akan ada info seperti aktiviti terbaru, di dalam dan di luar media sosial, tawaran menarik untuk buku dan merchandize, serta acara-acara menarik sepanjang bulan.

Inshaa Allah, untuk newsletter kedua kami akan keluarkan lebih awal dengan update apa yang akan berlaku sepanjang bulan.

Bulan depan ni bulan kemerdekaan. Kami akan cuba susun sesi online dan acara untuk kita semua dapat sertai bersama.

Mungkin ada merchandize menarik limited edition khusus untuk Bulan Kemerdekaan juga.

Jumpa lagi di newsletter 02. Saya doakan semua rakan-rakan Patriots dilindungi, diberikan kesihatan dan ditambah rezeki.

 

Salam sayang,

Jamalee Bashah
Group CEO Patriots