DIALOG BUKU NEGARA

The goal is to convert data into information and information into insight.

Maksudnya dalam bahasa Kebangsaan;

Matlamatnya ialah menukarkan data kepada informasi dan informasi kepada paparan pengetahuan. Ayat ini saya perolehi dari forum ketika menghadiri Frankfurt Book Fair yang lepas. Ia petikan dari Carly Fiorina, bekas CEO Hewlett Packard.

Data.
Itulah keperluan yang industri buku negara kita perlukan sekarang.

Most of the world will make decisions by either guessing or using their gut. They will be either lucky or wrong.

Industri buku negara kita, dilihat telah dipacu melalui tekaan dan sangkaan. Ini perlu diperbaiki, kerana ia akan menyebabkan industri buku negara kita, seolah-olah hilang arah tanpa asas yang kukuh.

Kita perlu sedar bahawa;

We are moving slowly into an era where big data is the starting point, not the end. Without big data, you are blind and deaf in the middle of a freeway.

Secara realiti;

We’re entering a new world in which data may be more important than software.

Data yang amat kita ingin kita lihat ialah statistik, terutama statistik jualan buku-buku di seluruh negara, prestasi syarikat-syarikat penerbitan buku tempatan sama ada berkaitan kerajaan mahupun swasta, dan bilangan judul buku yang telah diterbitkan oleh setiap penerbit.

Kita mengerti dan memahami bahawa kebanyakan penggiat industri buku negara kita berfikiran ‘idealis’. Sudah tiba masanya, untuk kita sama-sama berfikiran ‘realis’ bagi kebaikkan bersama.

Perlu untuk kita tahu;

Statistic are like bikinis. What they reveal is suggestive, but what they conceal is VITAL.

Ini kerana;

Information is the oil of the twenty first century, and analytics is the combustion engine.

Saya melihat usaha untuk mengumpulkan data yang lengkap, tepat dan konsisten ini perlu diberi perhatian atau dipertanggungjawabkan kepada pihak Perbadanan Kota Buku, yang wujud untuk merangsang dan menambahbaik industri buku negara kita.

Saya mencadangkan kepada pihak Kota Buku untuk mewujudkan satu ‘pasukan tindakan’ atau ‘jawatankuasa bermusim’ yang terdiri daripada saintis-saintis data.

Apakah kerja saintis data?

Data scientist are involved with gathering data, massaging it into a tractable form, making it tell its story, and presenting that story to others.

A data scientist is someone who can obtain, scrub, explore, model, and interpret data, blending hacking, statistic, and machine learning. Data scientist not only are adept at working with data, but appreciate data itself as a first-class product.

Dengan data yang lengkap untuk industri buku negara kita, banyak perkara baik yang boleh kita lakukan dalam mengenalpasti masalah industri, membuat keputusan yang betul, menambahbaik dan ia juga merupakan suatu jaminan yang boleh kita persembahkan kepada pihak ‘kerajaan seterusnya’ mengenai industri perbukuan negara kita.

Saya yakin, kita tidak perlu berprasangka mengenai industri negara kita setelah mempunyai data yang lengkap. Pihak kerajaan yang diamanahkan untuk membantu industri buku negara juga akan yakin untuk membantu jika data yang diberikan kepada mereka adalah menyakinkan.

Think analytically, rigorously, and systematically about business problem and come up with a solution that leverages the available data.

Akhir kata, saya ulang sekali lagi;

The goal is to convert data into information and information into insight.

Sekian.